Want your
own Fotopage?








 
Wan, Arin, Eisya's FotoPage

By: wan arin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 4-Mar-2009 15:29 Email | Share | | Bookmark
Bukittinggi-Padang, Indonesia (01 Mac 09 - 04 Mac 09)

Di balai berlepas LCCT, KL
Kak Yati & Mai
Tengah tunggu amik baggage di Lapangan terbang Padang, Indonesia
Anang & Andre tengah load bag dlm coaster
Lapangan terbang Padang, Indonesia
Ready? Kita nak mula tour kita dah ni
Initerary dr Raunsumatera
Di restoran Lamun Ombak
Teruskan perjalanan
View all 75 photos...
Inilah kali pertama kami keluar dari Malaysia. Saja je pilih location ni sebab sejauh mana yg kami tahu, kawasan ni kawasan org Islam jd kami tidak perlu risau tentang status halal makanan yg kami nikmati sepanjang percutian kami. Lagipun Bukittingi ini kawasan perkampungan dan tidak sesak seperti bandar2 lain di Indonesia. Flight kami berlepas jam 7.50 pagi. Jadi seawal jam 4 pg kami dah bangun dan bersiap2.. Eisya pun bangun awal.. Key word nak bagi dia bangun awal.. 'Jom mandi, kita nak naik kapal terbang ni..' hehe.. terpacak dia bangun.. Jam 5 pagi tu kami dah keluar rumah dan bergerak ke rumah Abg Rani & Kak Mbong @ Kota Damansara. Dia org nak tolong hantar ke LCCT sebab katanya kalau hantar ke KL Central kang takut bahaya pulak gelap2 tu.. Kami bertolak dr Kota Damansara jam 5.30 pg.. sampai di LCCT baru kul 6.10 pg.. Semuanya berjalan lancar.. Kawan2 yg sama pegi dgn kita org pun sampai tepat pada masanya.. Utk pengetahuan, yang join vacation kita org kali ni ialah Kak Yati, Mai, Kak Lisah, Abg Rashid & baby dia org si Adlyn.
Kami take off jam 7.50pg dan sampai di Lapangan Terbang Padang jam 8 pagi haha.. 8 pagi waktu Indonesia. Waktu Indonesia lewat sejam dari waktu Malaysia. Maknanya di Malaysia dah jam 9 pg sebenarnya.. Sampai di sana wakil dr agen kami Raunsumtra dah tunggu. Tapi tak sudah tunggu beg lagi. Sambil tunggu beg tu, sebab lama sangat ramai la pi cari 'Kamar Kecil' (Toilet).. Kebetulan dekat kami tu ada pintu kaca dan melaluinya kami nampai signbord tulis 'Kamar Kecil'. Wan pegi dulu.. Lepas dia dah setel, Kak Yati, Kak Lisah & Mai pegi pulak.. Tak lama lepas tu ada pak guard yg kunci pintu tu.. hok alohh.. rupanya kawasan tu restricted utk staff je.. Sapa suruh tak tulis.. Kita org tengok tak de tanda no entry, kami pun belasah je la.. Tak pasal pulak pas tu kena tunggu pak guard tu datang utk bukak pintu tu.. Dia kata, 'Di sini ngakk bole masuk. Kalau mahu ke kamar kecil perlu pergi di sana..' Kami buat2 jenguk la tempat yg dia tunjuk tu. Tak nampak pun sebenarnya. Tapi buat2 la angguk. Kang kecik ati pulak. Dapat je beg tu baru la kami cek out. Pak imegresen tu siap tanya lagi.. 'Ini satu keluarga ya'.. pas tu Arin reply 'Bukan pak, ini teman-temannya saja'.. Pak imegresen tu gelak2 je.. salah kot apa yg arin cakap tu. Jumpa je ejen tu, dia terus masukkan beg kami dlm coaster. Ada la 4 beg. Masuk je coaster dia pun perkenalkan dirinya sebagai Anang dan drivernya Andre.. Ramah dan lawak la egen Raunsumatra nih.. dia siap cakap lagi, 'Saya li'at bagasinya cuma ada 4. Tapi nanti bila pulang mungkin ada 7 atau 8. Begnya juga ringan aja.. Nanti bila pulang musti saya perlu minta Andre tolong masukkan ke dlm kereta' huhu memang betulpun..
Oleh kerana mungkin ejen kami dia biasa bawak org dr Malaysia, mereke pun dah boleh berbahasa M'sia sikit2.. malahan kamipun dipanggil Kakak & Abang je. (Walaupun kami ni ada yg muda lagi dari dia huhu). Mrk pun tahu la sikit2 budaya dan adat org M'sia. Smpai kat sana mrk bawak kami ke restoran Lamun Ombak. O ada baca ni pasal resoran ni. Kat sini org kata Jus Alpokat dia sedap. Alpokat tu Avocado sebenarnya. Try jugak, tapi tak bole nak masuk sangat la.. Apa pun, habis jgk. Jusnya pekat sangat (tu sebab dia panggil alpokat kut. Sebab kalau Pokat tu, dlm bhs org n9 maknanya pekat). Pekat, manis & lemak. Baca dlm satu forum tu, katanya jus ni best giler. Siap terliur-liur masa baca tu. mahal jgk jus tu dlm 10 ribu rupiah. Lebih kurang RM 3.00. Tapi ye la kat M'sia avocado tu sampai RM5/biji.. kira kalau kat M'sia ada jus ni, mesti kat RM10 la rega dia.. Pastu kami meneruskan perjalanan. Jam 12.30 kami tiba di restoran Pak Datuk. Haa restoran ni pun dah penah baca. Kononnya sedap sangat la.. Masuk restoran tu, kiranya kalau kat M'sia ni memang restoran eksklusif jgk. Siap makan berhidang lagi. Di sebabkan kami berlapan, dia org buat mcm dua hidang la.. Lauk mak aihh banyak giler.. siap pinggan tu bertindih-tindih lagi. Makanan dia memang sedap. Kira kena la dgn tekak si Arin yg memang kuat pedas ni. Dia memang siap ada cili api yg dah ditumbuk dan ditumis. Kiranya sambal la kalau org kat M'sia ni. Pastu ada satu lauk tu memang sedap. Warna dia mcm kari, tapi tak rasa kari pun. Ada rebung, pas tu daging. Bukan daging ayam, lembu, kambing mahupun ikan. Dagingnya liat betull.. rupanya daging kerbau di bahagian uratnya. Org sana panggil tunjang. Liat-liat pun sedap. Si Eisya memang makan tu je. Ayam goreng pun dia tak nak. Penah jgk baca dlm forum, ada org geli dengan daging kerbau ni. Tapi kita org tak de apa nak digelikan. Sodap yo.. Lagipun ada adik beradik kita org ni yg
makan daging kerbau je hehe.. Habis je makan, kami meneruskan perjalanan pulak ke Lembah Anai. Air terjun yg terkenal di Padang. Sepanjang perjalanan tu kami nampak banyak poster2 pilihanraya ditampal dan dipacak di kiri kanan jalan. Rupanya menurut Anang memang ada pilihanraya akan dilansungkan dlm bulan April ini. O patutla. Si Anang ni memang rajin bercerita.. dia pun bercerita la sikit2 pasal politik di Indonesia ni. Tak bape ingat citernya maklum la tak minat politik.. Tapi katanya dulu Indonesia ni ada 3 parti yg memerintah. Tapi sekarang ni sudah ada 36 parti yg memerintah.. Terus Indonesia ni jadi kacau bilau.. Huh.. macam biasa je dgn keadaan tu.. Bukan tanah tumpah lahir kita pun macam tu ke hehe..
Sepanjang perjalanan baru la kami dapat merasai sendiri mcm mana org Indonesia bawak kereta.. Memang dia org bawak kereta laju giler, dah tu kalau berselisih tu kadang2 sikitt je lagi nak bergesel sebab jalan-jalannya sempit. Tapi dia org ni memang bertolak ansur. Kalau si andre ni nak masuk simpang, tak payah tunggu org bagi atau kereta tak de. Dia masuk je.. Kalau ada kereta dari arah bertentangan, kereta tu akan automatik memperlahankan kenderaannya. Pas tu dia org ni memang suka tekan hon. Tapi bukan sebab marah, sebaliknya mereka memang diwajibkan tekan hon. Contohnya kalau nak memotong satu kenderaan di depan. Bunyikan je hon, automatik kenderaan kat depan pun slow sikit.. Pastu katakan la ada kenderaan dr arah bertentangan, terus keta kat depan kita ni ke tepi sikit & kereta dari arah bertentangan tu pun akan ke tepi utk bagi laluan.. Uiihh respek la.. Kiranya tak betul la citer kononnya dia org ni memandu laju dan gile2.. mungkin dah cara dia org mcm tu. Rasanya kat M'sia kalau buat mcm tu, sure dah eksiden lama dah..
Sampai kat Lembah Anai tu memang cantik. Air terjun dia tinggi giler. Bila dekat tu siap rasa mcm basah je sebab percikan air dia. Anang kata org2 tua di kawasan tu percaya air dr air terjun tu bole ubatkan penyakit kulit dan boleh membuatkan kita nampak awet muda. Teringin jugak nak pi basahkan si Eisya tu. Maklum la dia tu ada ekzema.. Tapi dia takut pulak. Soh si Wan amik, tapi rupa-rupanya dia basahkan muka dia je.. Utk anaknya tak diambil pulak air tu.. Nak jadi muda la tu..
Kemudian kami dibawa pulak ke kedai pertama baju sulaman di kawasan tu, nama kedai tu Puteri Minang. Ceh, kedai ni mahal la.. Bila kita mintak kurang pun, tak ndaknya dia kurang banyak.. Ada satu baju tu, harga bukanya RM 275 ribu.. (dlm RM 88 la).. ada ke bila mintak kurang dia bagi RP 250ribu je.. (RM80.00).. Masa tu duk carik baju yg kak mbong pesan tu. Baju yg kak Mbong pesan tu baju plain je. Tapi kainnya batik dan materialnya semi sutera. Dia kata dalam 30 lebih je.. Kat situ jadi RM 72.00(RP225 ribu) , kononnya lain b'kualiti la.. Mintak kurang dia bagi RP210 ribu je.. hok aloh.. 15 ribu rupiah tu baru RM 4.65.. sudahnya memang tak nak beli la. Sebab Kak Mbong bagi seratus je. Nak beli dlm 3-4 pasang.. Tapi dia tengok kita tak jadi tu, dia bagi kurang lagi jadi la Rp 190 ribu (RM58.90).. Akhirnya beli la jugak.. 4 pasang baju kak mbong tu jadi Rp 760 ribu... uiihh mahal pulak rasanya. Kat kedai ni memang dia org beli gila2 la.. walaupun mahal, tapi tergoda jgk dgn keindahan sulaman org Bukittinggi nih.. Memang irresistable la.. berjuta-juta rupiah jugak la kita org dermakan kat kedai tu. Pas tu Anang bawak kami ke kedai kedua.. Jauh sikit la dr tempat tu. Kira dah masuk pekan Bukittinggi. Rupanya
yg ni lagi murah. Lagipun bila kita tawar2 tu dia nak la kurang banyak.. Ceh, siut betull kedai pertama tu. kat sini pun banyak jgk habis. Duit malaysia pun habis. lepas tu kita org di bawa ke bilik penginapan kami.. Hotel Grand Malindo. 2 stars hotel je. Kira tak le best sangat. Tapi ok je la.. Janji toilet ok, dah kira ok la tu hehe..
Sepanjang duduk kat sana tah bape kedai dah dia org ni bawak kami. Tapi kedai Annisa paling eksklusif. Sampaikan tak de sapa yg beli. Sulamnya memang cantik giler. Tapi bukak harganya pun mahal, harga bajunya bermula dari Rp700 ribu. Tempat lain yg best2 mcm Pandai Sikek, Pasar Atas & Panorama Park. Dlm Panorama Park ni ada Lubang Jepang, patutnya kita org pegi sana nak tengok Lubang Jepang la.. Tapi sudahnya tak jadi sebab semua org duk leka membeli belah kat dalam tu. Kat dlm ni ada mak cik tu jual baju sulam (kurung moden / kebaya) 5 pasang RM 100.00 uiihh murah betul. Kak mbong punya baju tu tak de sulam pun sampai lima puluh lebih sepasang. Tak tau la kain dia lain ke. Tapi nampak mcm sama. Ala mana org tau pun kan.. T shirt Bukittingi pun murah.. T-shirt cotton yg sedap tu baru RM 10.00.. kalau kat Cameron Highland tu, dah la design tak lawa harga sampai RM20.. pas tu tak leh kurang pulak tu. eksyen betul org kat Cameron tu.. hehe.. Masa Wan beli tu, yg jaga kedai tu budak muda umo dlm belasan tahun. Wan beli 2 helai t-shirt tu jadi le RM20.00.. masa nak bayar tu Wan bayar guna duit 50. Tapi budak tu dgn lembutnya kata, 'maaf pak, wang tukarannya pada ibu'
Alahaii.. kalau tengok orgnya, memang ala2 nakal. Kalau budak2 kat Malaysia ni kita bole la kata macam samseng. Sudahnya Wan bagi la duit sepuluh ringgit 2 keping. Masa nak blah tu, wan dengar budak tu berbisik kpd tour guide kami tu, 'Pembuka rejeki hari ni..'
Masa kita org pegi Pasar Atas tu, lagi best.. Telekung sulam tangan tu, kak ti dapat beli RM 50.00 je.. adehh masa ni duit dah tak de.. Ada la sikit, tapi takut pulak nak pakai kemudian.. Sebab last day tu kita org akan bermalam kat Padang. Kat Pasar Atas tu memang murah2 la jgk barang dia. Yg penting kena pandai tawar. Kalau dia org tahu kita nak beli banyak, lagi la banyak kita bole tawar. Cuma awas, jgn sampai ditipu'in hehe.. Ye la kadang2 ada jgk org meniaga ni tak jujur kan..
Kami juga dibawa ke kedai Pandai Sikek utk melihat cara2 org menenun. Kata mak cik yg jaga kedai tu, satu selendang kecik pun dah sebulan baru bole siap. Pas tu harga pun berbeza-beza. Kalau kualitinya tinggi bole sampai juta2.. huhu.. mahal jgk tu. Kalau dibawa ke M'sia tu mesti lagi mahal 3 hinggi 4 kali lipat hehe.. Mak cik ni pun ramah dan pandai bercerita. Siap bole cakap English lagi.. Kedai dia pun murah jgk. Blh la ditawar2 kan harga dia. Dia siap cerita lagi kalau sulam reben ni kurang elok, sebab reben tu 'tidak dipatri seperti benang'. Maknanya tak dimatikan la jahitannya. Jadi kalau putus satu, habis semua putus. Aduii, Arin dah beli 2 sulam benang tu.. haii nasib la.. O ya satu lagi keunikan kedai kat Bukittinggi nih, dia org siap ada sediakan air botol percuma utk org yg datang berkunjung. Tapi dia org pastikan dulu org tu betul2 nak beli, baru dipelawa pelanggan utk minum.
Selain Pandai Sikek, kami juga turut mengunjungi rumah Hjh Rosmah yg cukup terkenal dengan kehalusan sulaman tangannya. Menurut anang Hjh Rosmah memang menyediakan kursus sulaman kpd gadis2 yg berminat selama 6 bulan dgn harga Rp5 juta.. (lebih kurang RM 1540.00).. Dia menyediakan asrama dan tempat nak masak je.. Masak sendiri2.. Uihh kira mahal jgk ye. Kedai Hjh Rosmah memang mahal bajunya. Tapi sulamannya memang cantik2 betul. Ada satu kain tu, memang arin minat giler.. Warna hijau gelap sikit, pas tu kerawang dia memang halus dan banyak. Kainnya pulak sifon tapi ada jalur emas.. Tapi harga dia Rp 760 ribu (RM 243.20).. Gatal je tangan nak swipe kad kredit tu.. Tapi bila pikir2 balik, takkan la nak pegi keja pakai baju meriah macam ni.. Sudahnya tak jadi la beli.. tak pe la kan.. buat apa membazir-bazir.. hmm.. sedihh..
Satu lagi yg best kat Bukittinggi ni bila Anang bawak kami makan di satu restoran di tengah sawah. Di bawah restoran tu ada kolam ikan talapia. Ikan talapia merah tu, dia org panggil ikan emas. kalau ikan emas dia org panggil ikan mas koki.. hehe.. pelik je. Kat restoran ni memang sejuk betul sebab angin dia kuat. Padahal panas memang terik sebenarnya, tapi sebabkan angin banyak, tak rasa pun panas tu. Dia org menyajikan ikan talapia berlada dan masak mcm masak lemak, tapi mcm rasa daun kunyit lebih sikit kott.. Uihhh sedap giler.. Tak penah rasa ikan talapia sedap macam ni.. Ikan talapia kat Malaysia ada bau & rasa lumpur sikit. Tapi ikan dia org ni tak de rasa lansung. Uihh.. sedapnya la.. Dah habis makan nasik tu, siap ratah lagi ikan tu.. Memang tak pandang la ayam & daging tu. Eisya pun suka sangat ikan tu, sampai 2 kali dia menambah nasik..
Pada 3hb Mac, kami dijadualkan bertolak ke padang semula. Tapi sebelum tu kami akan melawat Kg Buya Hamka di Tasik Maninjau. Salah satu tasik tercantik di Daerah Bukittinggi ni. Pagi tu selepas b/fast, kami tengok Pasar Kaget dah pun bukak. Pasar Kaget ni ialah pasar yg dibuka secara tiba-tiba olh org tempatan jika ada pelancong di situ. Selalunya dia org ni datang bawak barang dgn keta sorong / motosikal. kata Anang, mereka ni memang susah. Jd pagi tu akhirnya kami pegi la 'tolong' dia org ni. Sebelum tu memang penah jumpa kat satu restoran yg kita org makan malam tu. Tapi jd takut pulak sebab dia org kerumun ramai2 pas tu duk tawar2 soh beli barang dia org. Sebenarnya nak beli, tapi dah mcm tu jd takut plak.
Wan beli jgk barang2 dia org. Memang murah dia org jual, cuma kalau dah tanya tu tak beli kesian pulak.
Dalam perjalanan ke Tasik Meninjau tu pemandangan memang cantik.. Kamera kami tu kamera compact je. Gambarnya mcm tak sama dgn apa yg kami lihat. Sungai dia org memang jernih betul.. tak terusik lansung. Malah kata Anang walaupun kebanyakkan org kat sini bertani, tapi dia org tak guna baja kimia sebab tanah dia org subur.. Dia org guna baja organik je.. (Cthnya baja tahi lembu, tahi kambing atau tahi ayam hahaha ).. Jadi tak de la chemical waste yg masuk ke sungai..
Sebelum sampai ke tasik tu, kami singgah di satu warung yg dah siap port utk org tengok tasik ni dari atas.. Ya Allah, cantiknya.. masa kami tengok tu kabus kurang ada. Jd kami bole la nampak tasik tu. Tapi kami nampak warna kebiru-biruan je.. tak tau la nak citer mcm mana cantiknya tu. Masa kita org duk posing2.. bila tengok sekali lagi, kabus dah tutup tasik tu.. putih terus, tak nampak lansung. Sejuk betul masa tu, angin pun kuat pulak tu.. Turun dr situ kami melalui Keluk 44. Jln nya ala2 Bukit Fraser, Pahang tu. Tapi ada 44 keluk. Kerajaan Indonesia siap pasang lagi papan tanda keluk 1-44.. Kalau kat Malaysia, dgn keadaan terpencil mcm tu, mesti hilang papan tanda tu hehe..
Perkampungan Hamka tu memang cantik. Mungkin kawasan ni subur, jd sawahnya menghijau. Kemudian dipisahkan dgn kaki bukit yg membiru pulak.. kalau sapa yg terel shoot gambar, memang bole ambik gambar yg cantik la.. Kata Anang, rumah Buya Hamka ni adalah idea daripada ABIM. Malahan Abim sampai sekarang pun ada buat pertukaran pelajar di sekolah2 pondok di kawasan tu. Cuma sayangnya rumah Buya Hamka ni tidak dijagai. Dlm rumah tu ada almari yg memperagakan buku2 tulisan Hamka. Tapi semua dah berdebu. Agaknya memang tak pernah disapu kot. Kami pun tak lama kat situ sebab bukan bole dibaca pun buku2 kat situ. Setakat tengok je dr luar buat apa kan.. Cuma ada la si Wan tu beli buku2 karya Hamka tu. Kemudian kami shoot ke Padang. Tapi kami singgah semula ke restoran Pak Datuk utk makan tengahari. Sampai di hotel kami di Innai Muara pun dah jam 2.30 waktu Indonesia. Hotel kali ni baru best. Kira 3 stars la.. Di Padang ni tak de apa la yg best sangat. Kami
dibawa ke pasaraya Mentari. Pasaraya dia mcm tak de aircond. Duk kat luar lagi sejuk. Wan beli CD kompilasi. Harga nya dlm 13 ringgit duit kita. Masa duk tunggu org lain depan pasaraya tu, ada org hulur belon, pastu kat bawah belon tu ada pulak belon yg pintal2 tu.. cantik jgk. Si Eisya apa lagi, dia memang suka belon.. bila ditanya harga.. 'Saribu' kata org tu.. haa?? murahnya.. dlm 31 sen duit kita.. Masa duk beli cd cetak rompak kat pasar depan tu pun, cuma 5000 je.. Kira2 1.50 duit kita. Uihh murahnya..
Esoknya masa kami tiba di airport utk menaiki penerbangan AirAsia jam 8.30 pg, kami dapati beg kami dah jadi 8 buah.. termasuk satu kotak.. kami daftar di AirAsia 6 buah je.. adehh tentu kena bayar lagi nih.. Anang pun dah bg tau bahawa setiap org kena bayar airport tax sebanyak 100 ribu seorang. Setiap org hanya dibenarkan membawa bagasi seberat 15kg dlm kargo. Anang kata mungkin berlebih. Arin, Wan & Eisya mungkin tak berlebih sebab kami bertiga boleh bawak 45kg.
Selepas ditimbang, kami telah melebihi 8 kg dari yg ditetapkan. Setiap kg kena bayar 45ribu rupiah lagi.. Kami tak kena la sebab kami baru 42kg.. Total semua kena bayar 360 ribu rupiah lagi huhu..
Di sebabkan semua penumpang pesawat kami telah ada, Air Asia bertolak awal. Kalau sepatutnya jam 8.30 bertolak, jam 8 kami semua telah take off ke KL.. Seronoknya dapat balik rumah.. Apapun pengalaman di Bukittinggi memang tak dapat dilupakan.. banyak lagi nak cerita sebenarnya. Tapi yg ni pun dah panjang.. kalau bole nak je ceritakan tentang keramahan, budi bahasa mereka, gaya hidup dan banyak lagi.. Mungkin kalau pergi ke Bandung, Medan, Bali atau Jakarta, kami tidak akan jumpa apa yg dah kami lalui di Bukittinggi. Terpulang kepada org lain bagaimana mereka mentafsirkan percutian mereka ke Bukittinggi. Apa pun bagi kami berlapan, percutian kami kali ini memang cukup indah & warna-warni. Tidak rugi ke negeri orang dan mengenali budaya dan cara hidup mereka. Itu semua ilmu buat kita. Walaupun kami berada di luar Malaysia, tapi kami tak pernah rasa terasing. Mungkin muka kita dan mereka tak banyak beza. Bahasa pulak, kita faham. Makanannya pun kena dengan tekak kita.. Jadi rasa seperti kita ni tak keluar dari negara kita pun..
Kami dah mencadangkan kpd Kak Mbong & Abg Rani utk mengadakan family trip ke Bukitting. Dia org pun macam setuju je. Maklumla dia org pun org Minangkabau jugakk.. Duit Tabung Keluarga dah digunakan utk ke Cameron Highland ari tu. So kenala kita org kumpul cepat2 sikit utk buat duit tambang & bayar agen kami Raunsumatra. Bagi sesiapa yg berminat, bole la guna Raunsumatra sebagai agen. Sebab banyak pakage lain yg kami cari, tapi tak de yg lebih murah dari package ni..

HELLO....PAKAIAN SMOCKING UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 8 BULAN - 9 TAHUN. SILA KLIK http://www.prettybabescollection.blogspot.com Fri 6-Mar-2009 03:52
Posted by:unnamed
Add comment


Monday, 26-Jan-2009 13:09 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year @ Cameron Highland

Baby Syazwan
Baby Hana
Tea Time @ Bharat Tea Cafe is a must
Prepare.. Nak pi jalan2 pagi ni
Sejukk..
Masa ni kabus tengah turun, tp dlm camera xnampak
View all 51 photos...
Dah lama tak update f/p nih.. so sempena tahun baru ni, nak citer la percutian kita org ke Cameron Highland semasa Tahun Baru Cina tahun nih. Kebetulan Tahun Baru Cina jatuh pada hari Isnin & Selasa. Dapat la kita org bercuti lama sikit.
Dan kebetulan lagi, Kak Lang nak buat kenduri kesyukuran & aqiqah baby baru dia - Aiman Syazwan di Sungkai, Perak. Kita org planning lepas pi kenduri kat Sungkai tu, kita org nak terus gerak ke Cameron Highland (CH) la..
Kita org berkumpul di Kota Damansara dalam jam 8.30 pg. Kak Ngah pun bawak baby angkat baru dia Nur Hidayah Farhana.. Kecik je baby ni walaupun dah umur setahun dua bulan. Nampaknya semua org suka dengan baby Hana ni, sebab dia pun macam tak banyak kerenah..
Perjalanan hari ni ke Perak memang tak lancar lansung. Kereta memang banyak. Dekat tol masuk ke highway pun dah banyak keta. Tapi tak pe la, tiga2 buah keta pakai smart tag.. tapi ada la dlm 10 minit jalan clear.. lepas tu jam semula.
Sehingga keluar di Slim River tu, sebanyak 3 kali kemalangan kami tempuh.. lepas je keluar tol Slim River, jalan clear jugak.. tapi sekejap je.. lepas tu jam balik. Agaknya memang musim percutian macam tu. Akhirnya jam 12.30 kami sampai la ke destinasi kami.
Baby Shazwan macam biasa la.. tidoo je.. Kita org buat macam2 kat dia pun, still dia tak bangun2 lagi. Baby Hana pulak buat hal dia je la. Tak nak org pegang pun. Eisya pulak, lagi la.. seronok sangat la. Konon-kononnya macam dia dah jadi kakak le.. uuu.. Mengacau adalah hehe.. habis semua baby nangis dengan dia hehe.
Lepas selesai makan kami pun teruskan perjalanan ke CH semula. Kak Lang tinggal dulu. Petang nanti mereka sekeluarga akan menyusul ke CH.
Perjalanan seterusnya pun tersangkut-sangkut.. Jam teruk betul.. Biasala Malaysian kan.. bila dah jam, suka nak potong2. Tak dapat potong kanan, potong kiri.. Eee geram betul. Macam dia org je letih.. Nasib baik lepas Tapah, perjalanan tak delah tersangkut teruk lagi dah. Cuma kena hati2 jgklah, sebab perjalanan mendaki bukit ni pun bahaya. Jalan sempit, lori pun banyak turun naik CH nih..
Last time kami datang ke CH ni masa umur Eisya 6 bulan. Tahun ni Eisya akan masuk 4 tahun. Tapi jalan naik ke CH ni tak banyak berubah pun. Jalan naik ke Ch ni di dalam kawasan Perak lagi. Tapi Ch tu sendiri telah masuk dalam kawasan negeri Pahang. Jadi mungkin jugak kerana tu, kerajaan negeri Perak tak berminat untuk menaik taraf jalan naik ke CH ni.. Tapi itu telahan kami..
Kami sampai di Jurina Hill Lodge, Tanah Rata dalam jam 4.30 petang.. Letihnya la.. Haripun dah mendung. Kami ditempatkan di Apartment 4 bilik.. Memang besar apartment nih. Dan sesuailah dengan kami yg ada 4 family ni.
Sampai je kat sana, Kak Mbong, Abg Rani & Wan pegi cari sayur & lauk2 dulu.. hehe.. semua org dah penat, tak larat nak pi makan pun. Malam tu kita org makan sup sayur, ikan masin & nasik panas.. uu best giler.. Hujan pun turun.. sejukk.. Budget percutian kita org kali ni ditanggung oleh duit Tabung Keluarga yg kita org duk simpan lebih setahun..Cuma kena sediakan duit minyak + tol jee.. bestnya la cuti tak payah bayar hotel + makan hehe..
Esoknya hari masih mendung dan kabus sentiasa berada di mana2. Kadang2 tu rasa macam salji pun ada sebab kabus tu boleh dilihat turun. Kadang2 dari kabus jadi hujan.. Walaupun macam tu, kami tetap jugak keluar. Destinasi kami macam biasa la, Strawberry Farm. Lepas makan strawberry cukup2, kita org bertolak pulak ke Kea Farm. Tapi separuh jalan kami patah semula sebab jalan jam teruk. Cuma kami sempat la beli Jagung mutiara dalam 15 tongkol. Sampai kat rumah, kami rebus terus.. Yg makan nasik, tetap makan nasik la.. ada jugak yg makan megi.. hehe.. tapi jagung tu, habis jugak.. hehe.. Dah ramai2 tu memang makan je la kejanya.. nak pulak hari pun sejuk.
Petang tu kami ingat nak ke Pusat Penyelidikan MARDI. Saja la nak jalan2.. katanya dia org pun ada bukak kedai jual2 barangan MARDI. Lepas keluar dari MARDI, kami nak naik ke ladang madu dekat2 dengan Hotel Equatorial. Tapi rupa2nya jalan naik ke atas dah jam teruk. Dari jam 4.00 petang, hampir jam 6.00 baru kami sampai di ladang lebah tu.
Lepas beli beberapa botol madu dan lepak2 minum teh tarik, kami shoot turun. Masa tu jam dah 6.30 ptg..Cuaca memang sejuk giler. Angin kuat, haripun hujan.. Perjalanan turun pun memang memakan masa. Kebetulan pulak ada pasar malam. Eisya pulak sibuk nak buang air. Nak berhenti tepi soh dia melepas hajat dia, dia tak nak pulak. Malu.. Kena la suruh dia tunggu..
Sampai je kat Brinchang, kami pun lega.. Maklumlah dah lepas pasar malam. Tapi ada pulak bas persiaran ni yg berhenti turunkan org kat tengah2 jalan tu. Padahal jam dah teruk belakang dia. Apa lagi, lepas satu, satu kereta yg hon bas tu.. tak bertimbang rasa betul.. Nak turunkan org pun, berhentila secara proper.. jgn la sampai menghalang lalulintas.
Lepas je dapat potong bas tu, kita org pun apa lagi.. pecut la sampai ke Tanah Rata. Baby Shazwan dan Baby Hana pun dah meragam2 dah. Baby Hana tak minum susu pun.. mesti dia lapar.. Kesian dia. Tak sangka pulak lama macam ni. Padahal nak pegi 2 tempat je.
Mlm tu, kita org betiga se'family' turun jgk pegi pasar malam. Sebab dah janji dengan Eisya nak belikan dia belon strawberi dan baju strawberi hehe.. Tapi dapat belon tu je. (Sebenarnya bola, tapi dia kta belon).
Lepas tu, sampai je rumah kita org ber'hibernate' je dalam umah.. Cuaca sejuk giler. Dah tutup tingkat + sliding door pun, sejuknya masih terasa. Siap semua org pakai stokin lagi.
Pagi esoknya, dia org dah pegi Kea Farm seawal jam 8 lagi. Kita org nak pegi jgk, tapi Eisya pun tak bangun lagi. Sudahnya kejutkan Eisya dan salinkan baju dia. Ajak Kak Ngah pas tu terus shoot ke Kea Farm. Org pun tak ramai. Masa sampai tu baru jam 9pg. Cuaca memang sejuk, siap berasap2 lagi mulut kita org hehe.. Pas tu angin pun kuat..
Kat Kea Farm ni lagi la banyak kita org beli.. hehe beli sayur2 je pulak tu.. Antara sayur yg kita org beli, asparagus, brokoli, kobis bunga, carrot, baby kailan, mushroom dan baju strawberry Eisya hahaha.. (Semalam tak jumpa yg cantik)..
Lepas dapat sayur2 kita org tu, kita org plan nak pi Strawberry Farm balik. On the way turun tu, jalan naik ke atas dah mula jam. Masa tu dah kul 10 pagi. Syoknya turun tak jam, padahal org lain naik jam teruk.. Rasa la pulak yg kita org rasa semalam hehehe..
Sampai kat strawberry farm tu, Kak Ngah rembat tah bape pek lagi strawberry, tu tak masuk jus dia lagi. Kita org beli dua pek fresh strawberries, 3 pek dried strawberries dan satu jam strawberry. Sudah je beli, kita org shoot segera ke apartment.
Tepat jam 12 tgh, kita org bertolak balik ke KL. On the way turun, nampak pulak ada tow truck tengah angkat keta yg terhumban di dalam sungai. Nasib baik tak terhumban masuk ke gaung sebelah kira kita org.. Ishh.. ngeri betul.
Singgah kat Tapah utk makan tgh dlm jam 2 ptg. Kita org berenti 2 kali sebab ada org muntah hehe.. so lambat la sampai ke tapah. Lepas makan tu, kita org berpecah ikut haluan masing2. Tak konvoi lagi.. sampai kat Selayang dah kul 4 ptg. Hari pun mendung je..
Habis la percutian kami kali ni.. next vacation on Mac 09, insyallah..

Add comment


Thursday, 9-Oct-2008 11:04 Email | Share | | Bookmark
Jason Marz - I'm yours



Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our godforsaken right to be loved loved loved loved loved

So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate
I'm yours

*scat*

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue

But I won't hesitate no more,
no more it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours

so please don't, please don't, please don't,
there's no need to complicate,
Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours

*scat*

Add comment


Sunday, 5-Oct-2008 08:01 Email | Share | | Bookmark
Raya 2008

Fuad-The Last Day Pose
Eh, bgun je dah sampai kampung huhu
Proses membuat lemang
View all 40 photos...
3:34 PM 5/10/2008

Raya tahun ni jatuh pada 01 Oktober 2008 & disambut di Temerloh dulu.. pagi 30 September tu kita org sampai la kat Temerloh. Si Eisya ni tido je sepanjang perjalanan. Sampai kat Temerloh, mak dgn Kak Ngah bz menyiapkan bahan2 nak buat lemang dan rendang. Kebetulan pulak Abg Rani dgn Kak Mbong balik lambat sikit sebab Kak Mbong kena keja lagi last day pose tu.
Nak tak nak, kena la Wan jadi tukang bakar lemangnya.. Hari tu panas yg amat. Baru pukul 10 pun dah rasa panasnya. Nasib baik bakar lemang awal, jadi sudahnya awal. Belum kul 12 dah siap dah lemangnya. Itupun mencurah2 la peluh Wan. Maklum le org tak biasa berpanas... Hasil perit jerih Wan tu, lemang yg dia bakar tu sedap.. tak de kerak, masak pun serata. Padat pulak tu isi dia. Habis sume org puji hehe..
Pagi raya Eisya pun bangun awal, siap awal2 sebab nak amik gambo raya.. tapi gambo kita org kat kamera Kak Ngah Ilah le.. tak sempat amik kat dia, jd tak leh post dlm f/p ni. Lepas tu ramai2 le memeriahkan masjid sebelah umah Wan tu.
Lepas semayang raya, jemaah masjid beramai2 pulak ke tanah perkuburan yg juga di sebelah rumah Wan untuk bertahlil. Habis je tahlil, jemaah tu akan terus naik ke rumah Wan utk beraya pulak. Acara unik ni memang tiap2 tahun akan diadakan di Kg Lubuk Kawah, Temerloh.
Habis beraya di rumah Wan, jemaah2 tu tadi akan bergerak secara berkumpulan ke rumah2 ahli jemaah lain sehingga la selesai. Selalunya hampir Zohor jgk le penyudahnya. Kami pun lepas tu sempat beraya di beberapa rumah saudara-mara Wan sebelum bertolak ke Kuala Pilah pd petang harinya. Tapi mama pun call bagi tau, terus ke umah Mak Mok kat Batu Kikir. Kul 8.00 mlm tu dia org berkumpul kat sana.. Uihh letih.. Haa ni satu lagi tradisi family Arin. Dia org akan buat makan2 utk family je. Kebetulan raya pertama ni kat rumah Mak Mok.
Esoknya pulak kami kat Kuala Pilah membuat persediaan utk menerima kedatangan family dr Temerloh. Mak Teh yg duk sebelah umah Arin pun memang nak buat makan2, so Mak Teh masak Asam Pedas Ikan Kembung, Ayam Goreng & Ikan Masin Goreng. Mama pulak masak Tom Yam campur, Gulai Lemak Cili Padi Udang campur Kacang Buncis. Pas tu kita org tukar2 lauk je.. huhu senang banyak la..
Nasib baik la kita org pun buat banyak makanan tu. Asalnya kami budget org2 dari Temerloh mesti paling ramai pun 15 org je.. tapi rupanya lebih. 5 buah keta jugak la sampainya. Macam kenduri bila nak menyiapkan hidang utk dema.. Meriah betul.
Lepas family dr Temerloh balik, family belah K. Pilah pun datang le utk lepak2. Maklum le bukan senang nak berkumpul ramai2 ni. Kebetulan mak cik yg duk kat Kelantan tu pun balik thn nih..
Lepas tu ada la pegi umah2 sedara belah abah pulak. Kita org balik KL pun ari Ahad pagi. Pas tu singgah kat umah Kak Lang kat Nilai. Kak Lang pun tgh sarat ngandung. Baru 7 bulan, tapi placenta prevea (betul ke ejaan dia?). Ari Isnin ni dia kena duk kat wad selama 7 minggu. Ishh lamanya la lagi baby baru nak keluar.. huhu.. Kita org sampai kat umah dalam kul 2 jgk.. hari pun mendung je.. tapi siap la basuh baju 2 kali mesin sebelum hujan lebat..
Haiii.. kejapnya la cuti raya.. Lepas ni, back to normal le nampaknya rutin seharian tu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & batin. Sekali lagi Mie ngan Jimmy beraya kat sini. Tapi tahun ni tak raya sebab raya jatuh hari rabu time keje. Tak best... tapi Insyaallah raya tahun depan balik. Kalau jadi balik nak raya pepuas nak makan pepuas... huhuhu Sun 5-Oct-2008 16:30
Posted by:Umie  - [Link]
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin jugak dari kami sekeluarga.. Bape thn dah ye Mie raya kat sana? Dah 3 thn jugak ye? Arin doakan satu hari nanti Mie bole balik beraya jugak kat sini dgn James.. Mon 6-Oct-2008 00:51
Posted by:arin99  - [Link]
Add comment


Saturday, 27-Sep-2008 04:47 Email | Share | | Bookmark
Holiday @ Langkawi

Baru nak bertolak dari rumah
Naik shuttle bas dr Kl Central
Dah tido dah..
View all 50 photos...
Pada 27 Julai yg lepas, kami bercuti ke Langkawi dan pulang ke KL pada 30 haribulannya. Sebenarnya saja nak cuba naik airplane pulak.. selalu bercuti pun pegi sendiri naik keta. Kebetulannya kat Langkawi musim panas pulak. Nasib baik pulang dr Langkawi kami bertiga sihat walafiat. Eisya la paling seronok naik kapal terbang.. terjerit-jerit dia nampak kapal terbang.. sampai kat Langkawi, kami sewa Wira utk RM50/ hari.. Langkawi memang banyak tempat nak lawat, tapi tak larat la nak habiskan semua tempat tu.. Nak pulak musim panas.. tgh je dah rasa nak balik hotel. Hotel kita org kali ni ialah Awana Porto Malai.. Memang cantik kawasan hotel nih.. air lautnya pun jernih.. siap bole tgk ikan berenang2 dr jeti hotel nih.. ramai la yg duk bagi roti dan makanan utk melihat ikan2 tu dr dekat.. makanan kat langkawi pun sedap2 jgk.. harga makanan sedikit mahal, tapi berbaloi.. Satu lagi aktiviti paling popular kalau pi langkawi ni, ialah SHOPPING.. bukan nak beli apa pun, tapi banyak jgk habis.. pinggan mangkuk kat sini rasanya tak de la murah sgt seperti yg digembar-gemburkan.. tak tau la kalau beli banyak bole kurang. tapi dari price tag tu, lebih kurang kat KL jgk. Kat KL lagi best, bole bayar ansuran atau bole main kutu huhuhu ..

Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Beauty & The Beast Musical Theater @ KL Convention Centre

Ni kat rumah lagi.. macam biasa la senyum sokmo
Dah sampai kat KLCC, tunggu waktu nak masuk
Amik gambo dgn ayah kat bunting Beauty & The Beast
View all 5 photos...
Dah lama tak upload aktiviti. Banyak lagi aktiviti ni, tapi tak sempat la. Kita org pegi teater musikal beauty & the beast kat KLCC yg dibawakan oleh CIMB Bank. Pegi pun dgn member Wan si Najib & wife dia Wani. Wani ni pulak member Arin hehe..
Sesat jgk le carik KLCC tu. Bukan apa, jalan kat situ sumer one way je, kalau tersalah simpang, habis la kena pusing balik. Eisya macam biasa la tak leh duduk diam. Masa satu adengan tu, si heroin masuk ke rumah si hero. Masa tu memang suspen la.. Heroin pun kata la.. 'Hello, hello.. Anybody home?' Suasana pun sunyi je sebab org sumer tengah suspen. Sat lagi tiba2 si Eisya jawab, 'Hello!'. Habis satu teater tu gelakkan dia hehe .. Wan terus tekap mulut dia, takut dia berbunyi lagi.
Teater ni memang best la. Lagu2 dia pun best.. persembahan pun happening la, siap dgn gimik lagi.. Next time bole la pegi lagi

Amboir kemain lagi keluarga bahagia ni eh... seronok lah Eisya dapat berjalan nengok theather lak tu... Mak nyer awat nampak muka cam dah tembam skit tu? Tue 16-Sep-2008 00:13
Posted by:Umie
muka tembam ke.. huhu
nak buat mcm mna.. itu tak tgk lagi gambo kita org pi langkawi..
kalau nak tgk, check friendster arin
www.friendster.com/wanarin
Thu 25-Sep-2008 13:32
Posted by:arin99
Add comment


Monday, 16-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birtday Eisya!!

Hari ni, genap la usia Eisya yg ke tiga. Tak sangka dah besar anak mak & ayah.. Dah banyak benda dia tahu nak buat.. Cakap pun dah terang dah.. Cuma kesiannya, dia still tak de adik utk dijadikan kawan (kalau tak kawan pun, jd member gaduh hehe ).
Apa yg kami harapkan Eisya akan jadi manusia yg berguna dan disenangi semua. Bagi mak & ayah, apa yg kami harapkan dia berjaya dlm apa bidang pun yg diceburi.
Gambor tak de la. Kita org celebrate kat Secret Recipe je.. Ayah dia mcm biasa la, bank in saguhati utk dia.. Arin pulak saja belikan dia satu art set. Dlm tu ada pencil color, clay, gambar2 utk diwarnakan, gunting ect la.. Sebenarnya dia yg sibuk nak hadiah.. Dr hari tu lagi sibuk cakap, 'Eisya tak de pun hadiah..'
Mungkin ada member2 kat nursery dia dapat hadiah kot.. Tu yg teringin sangat tu. So saja la beli hadiah, siap balut lagi. Pas nyanyi lagi b/day dia, baru bagi hadiah tu. Dia punya suka la tak tau nak citer hehe . Kira tercapai la hasrat dia nak dapat hadiah.
Kita org tgh tunggu cikgu2 kat nursery dia bagi gambo. Kita org ada anto kek dan goodies bag kat nursery. So ada la gmbar kat nursery. Kalau dapat scan nanti kita org post la dlm nih

Happy Belated B-Day Eisya... same b-day ngan one of the cikgu kat preschool ni lah... Wed 9-Jul-2008 21:40
Posted by:UmiCupit
Thanks auntie Umie.. Lama senyap.. bz ke? Sun 13-Jul-2008 13:59
Posted by:arin99
Add comment


Saturday, 14-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Visiting Aiman & Syamil @ Nilai

Nak mandi pun berkepit dgn ayah lagi
Si Eisya ni tak nak pulak tu duk kat kolam budak, nak ikut ayah
Dah habis mandi dah.. Nak balik pulak
Minggu ni mak dan Kak Ngah dari Temerloh datang Nilai sebab nak shopping kat Nilai3.. So kita org pun pi le Nilai. Bukan apa, tujuan utamanya sebab nak bawak si Eisya ni mandi kolam. Sampai kat Nilai tu, durian bole terbau sampai keluar rumah.. Kuat giler baunya. Makan buah je le satu ari tu. Selain durian, maggis dan rambutan pun banyak.
Dalam kul 3 tu turun la bawak Eisya dan budak2 ni mandi kolam.. Si Arin cam biasa la jadi pak pacak kat tepi kolam le, amik gambo

Add comment


Saturday, 31-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Impak Maksima @ Jom Heboh

 
 
 
View all 7 photos...
Buat kali ke3 nya kami pegi lagi jom heboh. Sebenarnya kami dari kenduri kawin anak buat Abg Rani kat Keramat. Sampai kat Bukit Jalil tu pun dah kul 4 lebih.. Eisya pun dah letih. Kebetulan dia demam dan selsema pulak.
Tak lama pun kami ronda kat sana. Kebetulan sampai kat sana, parking senang pulak. Cuaca pun mendung dgn angin yg agak kuat. Mcm nak hujan je cuaca masa tu. Dok beli2 barang tiba2 nampak pulak keta yg dia org guna utk citer Impak Maksima. Si Eisya ni memang suka giler citer tu.. bila soh amik gambo kat keta tu, memang dia on je.. Dpt jgk la jumpa pelakon2 citer tu walaupun watak utama dia Si Ayie, Eva & Mimi tak de. Jam 5.30 ptg kita org balik sebab nak balik Kuala Pilah.. hehe lambat la sampai nye

Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah | Kad Kahwin Murah | Dll
Mon 16-Jun-2008 01:19
Posted by:Zilah  - [Link]
Add comment


Saturday, 17-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fraser's Hill

Turun keta je terus posing
Kat lobby Shahzan's Inn
Dgn ayah pulak
View all 24 photos...
19hb ni cuti hari Wesak. So Wan ajak pegi jalan2.. cadangnya tempat yg dekat, tapi nak tido la semalam.. Tmpat pilihan kita org ialah Freser Hill. Tmpat ni memang kurang popular sebenarnya. Tapi hari Khamis sebelum bertolak tu, bila kita org tepon hotel, semuanya penuh. Hehe.. tapi kita org gamble je pegi.. untung2 ada org yg dah booking tak jadi pegi ke.. Hotel kat Freser Hill ni pun tak banyak, itu la sebabnya senang penuh.
Kita org bertolak ke dr Selayang dlm kul 10.30pg. Tapi merata singgahnya.. sampai di Rasa, iaitu simpang sebelum nak masuk ke Freser Hill tu dah kul 12.00 tgh..
Sebelum naik, pemandangan di kaki bukit ni pun memang dah menarik. Sebab ada empangan yg cukup besar. Sebenarnya tak sure la empangan ke tasik. Tapi memang cantik. Cuaca memang panas masa tu. Masa ni jalan besar lurus dan cantik lagi. Agaknya dlm 10 minit, mula la kami sampai di kawasan berbukit dan jalan yg bengkang-bengkok. Bagi org yg sebelum ni kat Bukit Putus ( Jln Seremban - K. Pilah) pun dah tak bole tahan, rasanya kat sini lagi la tak bole.
Jln kat sini lagi teruk dari jalan Tapah - Cameron atau jln ke Bukit Tinggi. Kita org yg naik Cameron blh rileks pun, bila naik Bt Fraser tu dah mula pening2. Blh dikatakan tiada lansung jln yg lurus sepanjang naik ni. Dan tiada tempat nak singgah minum2 mcm kat Cameron tu. Memang letih jgk.
Sampai di satu tempat dipanggil The Gap, jam dahpun menunjukkan kul 12.45 tgh. Bg sesiapa yg tak tahu, di sini ada org yg jaga waktu turun dan naik. Kebetulan masa tu org tgh turun. Jd kenalah kita org tunggu jap. Nasib baik kejap je.. Naik tu pulak lagi le mencabar, jln nya lagi kecil dan ada di sesetengah tempat tiada lansung penghadang jalan. Kalau tersilap perhitungan, alamatnya terbabaslah. Sampai kat atas terus kita org ronda2 dulu. Nak tgk tempat. Kita org pi tgk Banglo Jelai, uihhh.. macam dah teruk je keadaannya. Dah la jauh dari town centre. Banlo Rompin, pun lebih kurang jgk. Pi Silverpark, penuh. Old Ye Smoke House plak, penuh keta, parking tak de.
Tak pe.. kita org jmpa pulak Shahzan Inn. Haa kat sini baru ada.. Dgn rate RM188/nite, kita org pun setuju je.. Shahzan Inn ni kepunyaan keluarga di raja Pahang. Apa yg bestnya tu, dari Shahzan Inn ni kita hanya perlu berjalan kaki je ke Town Ctr.. Dekat betul.
Apa yg menariknya kat Fraser Hill ni masih lagi tdk terusik macam Cameron H/land yg tlh dimajukan. Kalau tak de bangunan, penuh pulak dgn kebun sayur. Jd dah tak sejuk dah. Kat Bt Tinggi plk kalau hujan memang sejuk gler, tapi pd waktu biasa sejuk biasa2 je..
Fraser Hill di waktu tgh agak panas. Tapi sesekali ada la udara sejuk bertiup. Tp bila matahari turun, dlm pukul 4-5 ptg, cuaca mula sejuk. Kami keluar dlm jam 5 ptg pun dah sejuk gler. Dlm kul 6 ptg tu dah tak leh tahan. Arin dah mula ajak balik. Kuku tgn dia semua dah biru2.. Si Eisya pulak tgh seronok main kat playground. Playground dia besar gler.. seronok le si Eisya nih.. last2 kat kul 7 jgk la baru balik.
Mlm nyer pulak memang tak de la aktiviti sgt, tapi pengunjung2 kat sini siap jalan kaki sambil bergambar di sekitar kawasan town ctr. Seronok jgk.. time ni kereta dah tak banyak. Town Ctr ni kecik sgt. Pas tu banyak kedai2 dah abandon mcm tu je. Dah rosak2 pun. Mungkin sebab tak ramai pengunjung datang. Esoknya pulak kta org pegi The Paddock. Bwk Eisya naik kuda.. suka betul dia.
Kesimpulannya, Fraser Hill ni memang menarik bg org yg nak berehat2 dan nak rasa suasana yg tenang dan tdk terusik. Tp rasanya pihak Maj Daerah Raub, Ker. Pahang dan Kerajaan Malaysia sendiri perlulah lakukan sesuatu supaya route ke Fraser Hill dinaiktaraf. Dr view yg kami baca dari blogger2 lain, ramai yg taknak lagi datang ke sini krn jln nya yg teruk. Tp bg kami, Fraser Hill cukup unik dan menarik. Insyaallah ada rezeki dan umur lagi, kami akan naik ke Fraser Hill lagi..

ituler kak arin, abih sumer harga barang dah naik..mane nk tmbah org baru lg, mintak2 murahlah rezki org baru ni...AMIN...
insyaallah...ade rezki utk eisya dpt adik nti tu...
Mon 9-Jun-2008 07:33
Posted by:ieda
Ala ida, tambah org baru tu jgn la risau. Ada punya rezeki dia.
Nanti bole la mak ayah dia tumpang sikit hehe . Masa Eisya lahir dulu pun, akak dapat prestasi cemerlang. Dapat la naik gaji banyak sikit . Jd kita pun tumpang senang jgk.
Thu 12-Jun-2008 15:20
Posted by:arin99  - [Link]
INSYAALLAH....berdebar tunggu bulan 11 ni...excited pn ade.. Fri 13-Jun-2008 01:42
Posted by:Ieda
View all 13 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com