Wan, Arin, Eisya's FotoPage

By: wan arin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Aug-2007 12:55 Email | Share | | Bookmark
Jom Heboh Heboh

Eisya dah ready nak pegi nihh
Weihhh dahaganya
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 50!!
View all 9 photos...
Minggu ni kita org plan nak pi Jom Heboh.. Eisya memang suka nyanyi lagu Jom Heboh nih. Kita org keluar rumah pun dah lebih 10 pagi. Apa lagi, sampai sana dah kul 11. Panas betul cuaca masa tu. Tapi panas2 pun, memang ramai org datang. Dpt la amik gambar selebriti2 yg ada. Macam biasa, kita org sempat borong barang sekali. Tapi tak la sebanyak yg lepas. Sebelum ni kita org penah pegi jugak. Stroller Eisya penuh dgn barang, dah tu yg kat tangan ada lagi.. Dukung Eisya lagi. Memang seksa giler, dah la parking jauh.
Kita org suka datang ni bukan setakat nak jalan2 je.. Selain dari borong barang yg murah2, si Arin suka kumpul paper bag. Kebetulan kalau beli barang harga RM10 pun, paper bag atau tote bag nyer cantik2.. Kalau paper bag tu kertas yg keras. Tu yg dia suka sangat tu..
Sebabkan cuaca terlalu panas kali ni, dlm jam 12 tgh kita org balik. Sepanjang perjalanan tu, bising mulut si Eisya nyanyi lagu 'Jom jom jom, la la yeboh yeboh' hehehe


Saturday, 16-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Eisya's 2nd Bday

Sukanya bday girl nih
Laksa kat Little Penang - The Curve
Eisya dgn ayah tercinta
Birthday Eisya yg kedua kali ni tak de la celebrate sgt. 16hb tu pun ayah Eisya kena kerja pulak. So memang boring la duduk kat umah je. Tapi balik je keja, ayah Eisya ajak makan2. Kita org pun pegi la kat Station Kopitiam kat Semua House. Kat situ western food dia best jgk. Esoknya pulak, kita org pegi The Curve, pun makan2 jugak. Lepas tu kita org beli barang utk buat goodies bag utk bagi budak2 kat nursery Eisya je.. Habis la dkt 200 jugak. Gambar pun tak dapat nak display banyak. Kita org tukar komputer baru. Komputer baru ni kena pakai Vista la pulak. Lepas tu habis sume program tak compatible. ACDSee pun tak bole jalan . So tak bole nak edit gambar. Takkan nak letak gambar yg besar dlm fotopages ni. Gambar yg ada pun, gambar pakai hp arin - SonyEricsson W850i. Tak la sharp nak banding dgn camera yg betul. Kesimpulannya, birthday Eisya ni kurang la meriahnya. Meriah dek makan2 je le.. Apapun Eisya dah semakin besar dan semakin nakal. Mudah-mudahan besar nanti jadilah dia anak yg solehah dan mampu mengharumkan nama mak & ayah dia..


Sunday, 27-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Arin Konvo!!

Masa raptai seminggu sebelum konvo
Dlm perjalanan pergi ke Shah Alam
Family yg turut serta
View all 6 photos...

Setelah berpenat lelah selama 6 tahun!! Akhirnya arin dapat juga diploma nya melalui pengajian secara e-PJJ (atau dikenali sebagai electronic lerning).. Bertempat di UiTM Shah Alam, majlis konvokesyen ke 66 itu telah diadakan dengan jayanya. Mak & ayah arin pun ikut sama ke majlis tersebut. Penat giler.. yang tak reti2 penat, si kecik tu je.. Dari pagi ke petang tak reti duduk diam.. Berlari ke sana sini.. Tak nak dipegang. Majlis petang tu habis pada jam 6.00 ptg dan kami terus balik. Kami menyewa hotel Quality yang hampir dgn UiTM. Balik tu, terus je kami mandikan Eisya. Lepas mandi, dia nak minum susu. Habis je susu dia tu, terus dia tertido.. Letih sangat.. Mlm tu kami sempat makan di Nando's SACC mall.. Tak sangka pulak lepas tu terserempak dgn Fara-Azri.. Tapi tak dapat citer banyak. Fara pun bz dgn phone call nyer.
Si Eisya bangun pulak dia sampai kat Nando's. Dapat la dia makan.. lepas je makan, jam pun dah nak dekat kul 10 mlm.. Banyak kedai dah nak tutup. Tak dapat la bawak abah & mama jalan2.. esoknya sibuk pulak nak collect transkrip & gambar.. lepas tu abah pun nak pegi Kementerian Perumahan kat Jalan Duta. So tak dapat la kami jalan2 sebab abah nak terus balik pulak lepas tu. 'Takut jammed' katanya..
Anyway.. selesai satu hal. Lepas ni blh apply utk kenaikkan pangkat
Rasanya pas ni nak relaks la dulu.. baik concentrate kat family.. si eisya ni patut dah ada adik nih.. Makin lama makin manja plak dia.. Kang terlebih manja susah plak.. lagipun umur kami thn ni dah masuk 28 thn.. kang lambat2 kang susah pulak nak mengandung..
To everybody yg turut sama konvo tu, congratulation to all of you..


Wednesday, 16-May-2007 13:40 Email | Share | | Bookmark
Eisya dan rambutnya

Merah2 kat dahi dia tu lah kudis
Rasa pelik agaknya. Nape tiba2 kepala dia ringan
Wajah terbaru
View all 4 photos...
Eisya sebenarnya mempunyai sejenis allergic yang dikenali sebagai eczema/ekzema. Ekzema ni macam elergik pd kulit. Dia tak boleh berpeluh atau makan seafood. Dia juga mungkin sensetif pada sesetengah detergen atau sabun dan doktor memang suggest dia guna mandian seperti sebamed dll. malahan dia juga sentisa perlu dlm keadaan bersih. Dah lama kita org dpt tau pasal perkara ni. Tapi baru sekarang ekzema Eisya ni teruk.
Kepala Eisya habis kena kudis2 seperti bisul kerana terlalu kerap menggaru kepala. Org yg ada ekzema ni sering rasa gatal2 sekiranya terkena apa2 sumber eleger (spt debu, sabun dll). Jd naik la kudis2 kat kepala Eisya. Mahu tak mahu, terpaksa la kami potong rambut maggie Eisya tu (21 Mac 07). Sayang je rasa.. Ingat nak simpan rambut dia sampai panjang. Tapi terpaksa la kami lupakan hasrat tu. Kini Eisya pun berambut pendek. Mungkin kami akan maintain je rambut dia macam tu. At least sampai dia besar sikit dan tau jaga kebersihan sendiri. Buat masa ni Eisya kami hantar di nursery. Jd tak dapat nak jaga sangat kebersihan dia. Rasanya rambut pendek ni sesuai dgn Eisya. Walaupun nampak boyish, tapi nampak kemas dan yang pentingnya tak de la letih Arin nak mengikat rambut si Eisya nih...


Thursday, 23-Nov-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti sekolah di Putrajaya

Eisya nak pilih makanan
 
Tengok resit makanan ni, mahalnyaa..
View all 8 photos...
Cuti sekolah kali ni, kita org bawak adik Arin yang bongsu ke Putrajaya. Hari ni memang panas sikit.. jadi kejap je kita org lepak kat masjid tu.. pegi makan tengahari pas tu pegi Alamanda. Orang memang ramai jugak kat kawasan masjid tu, tapi jalan memang tak jammed. Senang la kita org nak bersiar2 kat sana. Tak dapat nak berlama-lamaan kat sini. Cuaca panas, lepas tu si Eisya ni meragam pulak. Agaknya dia tak cukup tido. Akhirnya kita org surrender. Kul 3 ptg, kita org terus balik ke KL semula.


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net