Wan, Arin, Eisya's FotoPage

By: wan arin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ramahdan & Syawal

Muke org tak pose
Tengok la perut org tak pose tu..
Keciknyer Eisya
View all 8 photos...
Bulan Ramadhan dan Syawal ni memang bz giler. Ramadhan bz sebab balik nak masak untuk berbuka . Syawal pulak bz sebab nak attend rumah terbuka dan kenduri kawen hehe.. kalau puasa ari tu dapat turun kan berat 2-3 kg, raya ni naik pulak 4-5 kg hehe.. habis diet sebulan.
Raya tahun ni kita org celebrate kat Temerloh dulu, pas tu baru balik N9. Balik N9 tak bape best sangat sebab balik kuarters. Org pun tak de, yer la org kuarters pun balik kampung. Kita org je balik kuarters. Kalau kat Temerloh memang happening la. Ramai kanak2 Ribena.. Satu lagi yg menariknyer kat sini budaya raya pertama kat rumah Wan. Rumah wan terletak antara Masjid dan kubur. So raya pertama, habis je sembahyang raya org kat masjid akan berduyun2 pegi ke kubur. Selesai je menziarah kubur, org berduyun2 naik ke rumah Wan untuk beraya. Kira open house la.. Budaya ni dah lama berjalan. Kalau nak tau moyang wan dulu (dikenali sebagai Tok Ayah) guru sekolah pondok. Dia la yang buat rumah dulu kat kawasan ni dan ajar org ngaji. Lepas tu org pun datang dan buat rumah kat sekitar kawasan tu. Tu sebab la lepas sembahyang raya dan lawat kubur, org kampung akan naik ke rumah Wan dulu. Dah kira tradisi la kat sini. Apa pun, tahun ni adalah kali ke3 kami sambut Ramadhan & Syawal. Eisya pun dah beraya dua kali. Dapat le dia pakai baju kurung kali ni.. comel je. Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan maaf zahir batin. Mudah-mudahan Ramadhan & Syawal akan sentiasa membawa keberkatan buat kita semua.


Thursday, 31-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Best la bila ayah mandikan Eisya
Jom lah ayah, taknak join Eisya ke
Sejuknyerrr
View all 8 photos...
Merdeka tahun ni jatuh hari Khamis. Kita org pun tak de plan nak amik cuti lebih sebab wan ada banyak kerja yang perlu disiapkan minggu ni. Next week dah kena pegi kursus semula. Lagipun Arin nak simpan cuti untuk raya nanti. Cuti dah tinggal 11 hari jer. Wan punyer cuti memang banyak lagi. So Merdeka ni kita org memang ada kat sini. Arin pulak kena buat OT. Katanya ramai nak datang buat OT. Tapi ada la 4 org unit dia datang. Kira ramai la jugak. Arin Keluar OT kul 9 pagi dan balik kul 4 ptg. Dapat la 6 jam lebih. Terpaksalah Wan duduk kat rumah jaga Eisya.
Wan kata Eisya duduk dengan dia tak nangis pun. Kalau dengan Arin, selalu Eisya kena cubit. Mana taknyer, Eisya suka 'mengemas'. Cakap baik2 tak faham. Bila kena cubit baru nak berenti (tapi nangis la dia ). Kalau dengan ayah dia, dibiarkan je Eisya buat apa hehe..
Balik je dari OT, Arin pun lepak2 jap. Lepas tu kita org siap2 nak keluar makan. Wan mengidam nak makan A&W pulak . Lepas makan A&W, kita org pegi Kota Damansara. Lepak kat umah Kak Mbong dan Abang Rani. Berakhirlah hari kemerdekaan kita org yang tak berapa nak merdeka tu. Kita org tak bape minat nak pegi tengok bunga api kat KLCC ke, lepak kat dataran merdeka ker. Lagipun dari rumah kita org boleh nampak bunga api kat KLCC. So buat apa susah2 dan bersesak2 nak keluar malam tu. Lagipun kesian kat Eisya. Nak pegi shopping siang tu lebih baik tak payah la. Selalunyer hari ni sesak teruk kat shopping2 complex. Buat letih badan je nanti. Lebih baik buat OT, hujung bulan dapat duit lebih hehe!!


Sunday, 13-Aug-2006 02:05 Email | Share | | Bookmark
Tak de aktiviti sekarang

Dah lama tak posting apa2 berita nih.. sebenarnya sejak dua menjak ni tak de apa2 aktiviti yg nak dikongsi.. arin pun sibuk sikit sebab dah start kelas. Wan plak tak habis kursus lagi. Kursus wan dijangka habis bulan September nih, lepas tu mungkin kerja balik kat tempat lama sebelum kena transfer. Mintak2 transfer kat area KL la jugak.. Kalau transfer luar KL sakit la sikit. Kena la arin jaga Eisya sorang2..
Petang ni arin ada kelas kat Shah Alam may be pas tu nak ronda2 Shah Alam kot.. Kalau ada masa dan tak letih lagi la.. Nak kena bawak si kenit tu sekali. Sejak dah pandai jalan sekarang ni, mana nak org pegang tangan dia.. Letih nak mengejar dia pulak. Oh ya, to all x-utm, ada pengumuman. Kojek nak kawen 26 Ogos ni. Ni tengah bodek wan ni nak pegi kulai pas tu bercuti kat Johor. Kebetulan wan tengah break dari kursus masa tu... mintak2 wan nak laaa...


Saturday, 24-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Melepak di Shah Alam

Di Plaza Alam Central
Eisya tengok apa?
Seronoknyer diaa...
Minggu ni, kami spend masa lagi kat Shah Alam. Hmm mesti org pelik, kenapa Shah Alam? Apa istimewanya Shah Alam? Bagi yang gemarkan panggung wayang, snooker, pub, disco dan ect.. mungkin tak de apa yg menarik di shah alam. Tapi shah alam adalah sebuah lokasi yg baik untuk membangunkan sebuah keluarga. Petang di Shah Alam, kita akan lihat taman tasiknya penuh dengan keluarga. Suasananya pulak, penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa. Tenang dan aman. Di KL? Nak ke tasik Titiwangsa tu pun makan masa hampir sejam. Cari parking pulak berpusing2.. itu pun nasib baik kalau dapat. Suasananya pulak, crowded. Nak balik pula, satu hal. Jammed lagi.. argghh.. tention!! Penat beriadah tak habis, kena pulak hadapi kesesakan.. Haa.. macam tu la lebih kurangnye gambaran yg dapat kita org beri. Okay balik cerita aktiviti kami di Shah Alam. Sebenarnya selain dari lepak2, kami ingat nak carikan Eisya baju raya hehe.. walaupun lambat lagi, tapi lebih baik buat persiapan awal. Biasa la, mak Eisya ni setiap bln ada je alasan dia nak beli baju Eisya.. Kami sampai di Shah Alam, jam dah pun menunjukkan jam 1 tgh.. apa lagi lepas hantar barang ke bilik, terus pegi makan dulu. lepas makan baru naik dan berehat @ tido. Petang tu Shah Alam hujan lebat. Kami pun malas nak ke mana2. Kami keluar pun jam dah menunjukkan ke angka 6.30 ptg. Tujuan kami ialah Plaza Alam Central. Kat situ ada kedai Al-Ikhsan. Tengah sale pulak tu.. dapat la selai dua t-shirt untuk Eisya dan ayah Eisya. Malamnye pulak kami ronda di sekita SACC Mall. Kat sini ada banyak kedai2 kain. Selain daripada Gulati's dan Euro Moda, terdapat juga butik Batik Heritage, Salikin Sidik dan banyak lagi. Selain butik fesyen, terdapat juga butik Adidas, Poney dan macam2 lagi. Rasanya Shah Alam ni bole la diiktiraf sebagai tempat membeli-belah setanding dengan KL jugak. Yang pentingnya kami boleh jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Selepas sarapan keesokan harinya kami bercadang untuk pergi ke pasar Shah Alam yg terletak di parking stadium Shah Alam. Kat sini memang best. Hampir apa saja benda yg kita nak cari ada di sini. Ikan, ayam, sayur, malahan baju, barang perhiasan, kereta dan barangan elektrik!! Kalau datang kat sini selalunya sehari memang tak sempat habis ronda. Kita org yg datang banyak kali pun masih ada tempat yg kami belum habis ronda.
Selain daripada banyak tempat membeli-belah, Shah Alam juga bepotensi menjadi tempat pelaburan jangka panjang. Rumah di Shah Alam boleh disewakan sehingga RM220 untuk seorang penyewa. Dengan penyewa seramai 9 org. Itu apartment 4 bilik. Semuanya bergantung kepada lokasi rumah tersebut. Apa yg penting ada modal..


Sunday, 18-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Father's Day

Sampul surat
Muka depan
Page 1
View all 4 photos...
Sapa kata Eisya tak boleh celebrate Father's Day. Maybe nak suruh dia cakap tak boleh lagi.. tapi dia participate dalam aktiviti ini. Arin dan Eisya telah menghasilkan kad Father's day yang berjaya membuatkan ayah Eisya mengalirkan air mata.. tak de la cantik sangat, tapi boleh la utk permulaan. Kad ni pun dah lama siap dan dah lama Wan dapat hehe.. tapi sempena 18 June ni, postkan jugak utk kenang-kenangan..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net