Wan, Arin, Eisya's FotoPage -  - Fotopages.com
Beauty & The Beast Musical Theater @ KL Convention Centre
<description>Dah lama tak upload aktiviti. Banyak lagi aktiviti ni, tapi tak sempat la. Kita org pegi teater musikal beauty & the beast kat KLCC yg dibawakan oleh CIMB Bank. Pegi pun dgn member Wan si Najib & wife dia Wani. Wani ni pulak member Arin hehe..  LOL 
Sesat jgk le carik KLCC tu. Bukan apa, jalan kat situ sumer one way je, kalau tersalah simpang, habis la kena pusing balik. Eisya macam biasa la tak leh duduk diam. Masa satu adengan tu, si heroin masuk ke rumah si hero. Masa tu memang suspen la.. Heroin pun kata la.. 'Hello, hello.. Anybody home?' Suasana pun sunyi je sebab org sumer tengah suspen. Sat lagi tiba2 si Eisya jawab, 'Hello!'. Habis satu teater tu gelakkan dia hehe  LOL .. Wan terus tekap mulut dia, takut dia berbunyi lagi. 
Teater ni memang best la. Lagu2 dia pun best.. persembahan pun happening la, siap dgn gimik lagi.. Next time bole la pegi lagi</description>
Happy Birtday Eisya!!
<description>Hari ni, genap la usia Eisya yg ke tiga. Tak sangka dah besar anak mak & ayah.. Dah banyak benda dia tahu nak buat.. Cakap pun dah terang dah.. Cuma kesiannya, dia still tak de adik utk dijadikan kawan (kalau tak kawan pun, jd member gaduh hehe LOL ).
Apa yg kami harapkan Eisya akan jadi manusia yg berguna dan disenangi semua. Bagi mak & ayah, apa yg kami harapkan dia berjaya dlm apa bidang pun yg diceburi. 
Gambor tak de la. Kita org celebrate kat Secret Recipe je.. Ayah dia mcm biasa la, bank in saguhati utk dia.. Arin pulak saja belikan dia satu art set. Dlm tu ada pencil color, clay, gambar2 utk diwarnakan, gunting ect la.. Sebenarnya dia yg sibuk nak hadiah.. Dr hari tu lagi sibuk cakap, 'Eisya tak de pun hadiah..'   ;-) 
Mungkin ada member2 kat nursery dia dapat hadiah kot.. Tu yg teringin sangat tu. So saja la beli hadiah, siap balut lagi. Pas nyanyi lagi b/day dia, baru bagi hadiah tu. Dia punya suka la tak tau nak citer hehe  :-D. Kira tercapai la hasrat dia nak dapat hadiah. 
Kita org tgh tunggu cikgu2 kat nursery dia bagi gambo. Kita org ada anto kek dan goodies bag kat nursery. So ada la gmbar kat nursery. Kalau dapat scan nanti kita org post la dlm nih  8-) </description>
Visiting Aiman & Syamil @ Nilai
<description>Minggu ni mak dan Kak Ngah dari Temerloh datang Nilai sebab nak shopping kat Nilai3.. So kita org pun pi le Nilai. Bukan apa, tujuan utamanya sebab nak bawak si Eisya ni mandi kolam. Sampai kat Nilai tu, durian bole terbau sampai keluar rumah.. Kuat giler baunya. Makan buah je le satu ari tu. Selain durian, maggis dan rambutan pun banyak. 
Dalam kul 3 tu turun la bawak Eisya dan budak2 ni mandi kolam.. Si Arin cam biasa la jadi pak pacak kat tepi kolam le, amik gambo ;-) </description>
Impak Maksima @ Jom Heboh
<description>Buat kali ke3 nya kami pegi lagi jom heboh. Sebenarnya kami dari kenduri kawin anak buat Abg Rani kat Keramat. Sampai kat Bukit Jalil tu pun dah kul 4 lebih.. Eisya pun dah letih. Kebetulan dia demam dan selsema pulak. 
Tak lama pun kami ronda kat sana. Kebetulan sampai kat sana, parking senang pulak. Cuaca pun mendung dgn angin yg agak kuat. Mcm nak hujan je cuaca masa tu. Dok beli2 barang tiba2 nampak pulak keta yg dia org guna utk citer Impak Maksima. Si Eisya ni memang suka giler citer tu.. bila soh amik gambo kat keta tu, memang dia on je.. Dpt jgk la jumpa pelakon2 citer tu walaupun watak utama dia Si Ayie, Eva & Mimi tak de. Jam 5.30 ptg kita org balik sebab nak balik Kuala Pilah.. hehe lambat la sampai nye</description>
Fraser's Hill
<description>19hb ni cuti hari Wesak. So Wan ajak pegi jalan2.. cadangnya tempat yg dekat, tapi nak tido la semalam.. Tmpat pilihan kita org ialah Freser Hill. Tmpat ni memang kurang popular sebenarnya. Tapi hari Khamis sebelum bertolak tu, bila kita org tepon hotel, semuanya penuh. Hehe.. tapi kita org gamble je pegi.. untung2 ada org yg dah booking tak jadi pegi ke.. Hotel kat Freser Hill ni pun tak banyak, itu la sebabnya senang penuh. 
Kita org bertolak ke dr Selayang dlm kul 10.30pg. Tapi merata singgahnya.. sampai di Rasa, iaitu simpang sebelum nak masuk ke Freser Hill tu dah kul 12.00 tgh.. 
Sebelum naik, pemandangan di kaki bukit ni pun memang dah menarik. Sebab ada empangan yg cukup besar. Sebenarnya tak sure la empangan ke tasik. Tapi memang cantik. Cuaca memang panas masa tu. Masa ni jalan besar lurus dan cantik lagi. Agaknya dlm 10 minit, mula la kami sampai di kawasan berbukit dan jalan yg bengkang-bengkok. Bagi org yg sebelum ni kat Bukit Putus ( Jln Seremban - K. Pilah) pun dah tak bole tahan, rasanya kat sini lagi la tak bole. 
Jln kat sini lagi teruk dari jalan Tapah - Cameron atau jln ke Bukit Tinggi. Kita org yg naik Cameron blh rileks pun, bila naik Bt Fraser tu dah mula pening2. Blh dikatakan tiada lansung jln yg lurus sepanjang naik ni. Dan tiada tempat nak singgah minum2 mcm kat Cameron tu. Memang letih jgk. 
Sampai di satu tempat dipanggil The Gap, jam dahpun menunjukkan kul 12.45 tgh. Bg sesiapa yg tak tahu, di sini ada org yg jaga waktu turun dan naik. Kebetulan masa tu org tgh turun. Jd kenalah kita org tunggu jap. Nasib baik kejap je.. Naik tu pulak lagi le mencabar, jln nya lagi kecil dan ada di sesetengah tempat tiada lansung penghadang jalan. Kalau tersilap perhitungan, alamatnya terbabaslah. Sampai kat atas terus kita org ronda2 dulu. Nak tgk tempat. Kita org pi tgk Banglo Jelai, uihhh.. macam dah teruk je keadaannya. Dah la jauh dari town centre. Banlo Rompin, pun lebih kurang jgk. Pi Silverpark, penuh. Old Ye Smoke House plak, penuh keta, parking tak de.
Tak pe.. kita org jmpa pulak Shahzan Inn. Haa kat sini baru ada.. Dgn rate RM188/nite, kita org pun setuju je.. Shahzan Inn ni kepunyaan keluarga di raja Pahang. Apa yg bestnya tu, dari Shahzan Inn ni kita hanya perlu berjalan kaki je ke Town Ctr.. Dekat betul. 
Apa yg menariknya kat Fraser Hill ni masih lagi tdk terusik macam Cameron H/land yg tlh dimajukan. Kalau tak de bangunan, penuh pulak dgn kebun sayur. Jd dah tak sejuk dah. Kat Bt Tinggi plk kalau hujan memang sejuk gler, tapi pd waktu biasa sejuk biasa2 je.. 
Fraser Hill di waktu tgh agak panas. Tapi sesekali ada la udara sejuk bertiup. Tp bila matahari turun, dlm pukul 4-5 ptg, cuaca mula sejuk. Kami keluar dlm jam 5 ptg pun dah sejuk gler. Dlm kul 6 ptg tu dah tak leh tahan. Arin dah mula ajak balik. Kuku tgn dia semua dah biru2..:-S  Si Eisya pulak tgh seronok main kat playground. Playground dia besar gler.. seronok le si Eisya nih.. last2 kat kul 7 jgk la baru balik.  :-> 
Mlm nyer pulak memang tak de la aktiviti sgt, tapi pengunjung2 kat sini siap jalan kaki sambil bergambar di sekitar kawasan town ctr. Seronok jgk.. time ni kereta dah tak banyak. Town Ctr ni kecik sgt. Pas tu banyak kedai2 dah abandon mcm tu je. Dah rosak2 pun. Mungkin sebab tak ramai pengunjung datang. Esoknya pulak kta org pegi The Paddock. Bwk Eisya naik kuda.. suka betul dia. 
Kesimpulannya, Fraser Hill ni memang menarik bg org yg nak berehat2 dan nak rasa suasana yg tenang dan tdk terusik. Tp rasanya pihak Maj Daerah Raub, Ker. Pahang dan Kerajaan Malaysia sendiri perlulah lakukan sesuatu supaya route ke Fraser Hill dinaiktaraf. Dr view yg kami baca dari blogger2 lain, ramai yg taknak lagi datang ke sini krn jln nya yg teruk. Tp bg kami, Fraser Hill cukup unik dan menarik. Insyaallah ada rezeki dan umur lagi, kami akan naik ke Fraser Hill lagi.. 8-) </description>
Kuala Pilah kampungku
<description>Parents Arin sekarang tak duduk kat Juasseh lagi. Dia org sekarang ni buat rumah kat tanah mak Arin kat Kuala Pilah. Syoknyer la duduk kat sini. Sejuk giler.. kalau keluar rumah dlm 8pagi tu, memang berkabus tebal lagi. Dlm usaha mengindahkan kawasan rumah ni yang masih baru, Arin & Wan sibuk le menanam pokok2 bunga.. Balik bulan lepas tanam, balik bulan ni dah berkembang dah bunga2 nyer. Cuma bunga matahari je tak dapat tengok. Sebab kembangnya kejap sangat. Duk amik gambar tu bila nak edit balik baru perasan. Gambar rumahnya sikit, banyak gambar Eisya je hehe.. Budak tak mandi pagi nih..  8-) </description>
Kepong Metropolitan Park
<description>Hello...
Dah lama tak post apa2.. Citer nii pun citer lama. Tapi time ni la baru dapat post.. ish ish ishh.. bz je la manjang. Masa ni kita org tak balik kampung. Ingatnye saja nak layan si Eisya ni pi playground. Kita org selalu lalu dpn KMP ni, tapi tak penah dapat singgah. Kali ni saja kita org spend satu pagi utk Eisya. Tak mandi pulak tu Eisya pagi tu hehe.. Smpai je kat parking tu terus dia terloncat2 nampak playground. Seronok sangat la dia. Ramai jgk masa tu.. Budak2 besar pun bole main kat playground tu. Dah puas dia main, lalu le pak cik eskrim.. Kita org pun belikan dia satu. saja je bagi dia pegang sendiri (maklumlee.. org dah besar, sume benda nak buat sendiri). Maka, inilah hasilnyaa.. gambar2 ni kita org amik pakai W810i Wan, kualiti ok je.. ;-) </description>
Ieda kawen..
Ari ni kita org pegi kawen adik Ida kat Gemencheh.. 
Semalam lagi kita org bertolak ke Kuala Pilah dulu. Lepak kat kg Arin semalam.. so ari ni tak de la kena keluar awal sangat.. 
paling best nya, balik kampung tangan kosong je. Kad lupa plak bawak.. nak tepon ida, nombornya tak de.. tak pasal2 kena tepon Umie kat Florida, US dulu hehe.. Sian Umie, masa tepon tu dia tengah tido.. dah la tak sehat.. 
esoknya kul 11.45 kita org bertolak dari KP.. sesat la jgk.. sampai plak ke pekan tampin.. tapi sampai ke destinasinya.. setakat Gemencheh tu.. apa la sangat.. sedangkan KL ni kita org bole idup.. inikan plak rumah rakyat Kg Tengah.. hehe.. 
Sampai2 kat sana pengantin lelaki pun sampai sama jgk.. kita org pun cepat2 masuk khemah dulu. takut kang duk belakang rombongan pengantin lelaki hehe..  LOL 
uiiihhh ramainya org masa tu... sampaikan nak makan pun kena berebut tempat.. kira besar la jgk kendurinya.. habis makan tu kita org tunggu jgk nak tengok pengantin. Ramainya la yg menepung tawar pengantin. Lama la jgk tunggu. Hajat di hati nak la amik2 gambo.. tapi tengok ramai sgt yg tunggu giliran nak tepung tawar. Lansung cancled. Amik gambo dari jauh. 
Pastu terus potong que org nak tepung tawo hehehe.. sian pengantin tak makan lagi. Masa tu dah kul 1.30.. Alaa.. tak pe, pengantin sure dah kenyang hehe..
At last dapat la salam2 dgn pengantin.. nak sembang banyak, tapi keadaan tak mengizinkan.. so salam je la.. Apa pun Selamat Pengantin Baru buat Ieda & Mizie.. Susahhh baru dapat kawen.. Mudah2an berkekalan ke anak cucu.. </description>
Wan 28th birthday..
<description>Birthday wan kali ni, Arin belikan dia jam swatch.. Tapi beli sepasang la.. so Arin dpt satu, dia dapat satu.. tapi dah beli awal lagi dah.. 
Pastu Kak Mbong dan Abang Rani ajak celebrate kat Cozy Corner. Tapi bukan branch kat Ampang tu. Kita org lepak kat branch kat PJ.. Gambo sebenarnya tak transfer lagi dari tepon ke pc.. nanti2 la ada masa baru upload.. biasa la hujung2 tahun nih.. Bz manjang..
so stay tuneee....</description>
Aidil Adha di Temerloh
Tahun ni, kami sambut Aidil Adha kat Temerloh. Walaupun time ni banjir melanda di kawasan pantai timur dan selatan negara, tetapi alhamdulillah kawasan rumah dan juga jalan yg melaluinya tidak terlibat. Dapat la kami beraya di Temerloh dgn tenang walaupun hujan tu tetap turun setiap hari..</description>